Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Saturday, February 4, 2012

Round Table Yang Membisu

Bismillah..
Assalamualaikum.

Sebentar tadi, usai latihan nasyid, round table macam biasa. Sampai turn aku diberi peluang berkata-2 dan meluahkan apa sahaja. Semuanya kadi kalut. Terkunci semua baris ayat yang disusun. Apa yang difikir ialah kesakitan yang melanda setiap bulan dan betapa pedihnya menahan mata yang sudah mahu tertutup rapi.

Baiklah. Oleh kerana semua idea mencurah aku tak terluah, maka dengan ini dengarlah apa yang aku nak katakan sebenarnya.

* * * * *
Maaflah pagi tadi saya tak dapat datang. Masalah migrain yang datang pagi-2 tanpa disangka. Taknak la menyusahkan nanti, mana la tau kalau saya datang kang pengsan pulak. Dah susah.

Seterusnya, saya nak ucapkan lah terima kasih pada a.andy and semua yang dah bagi tunjuk ajar tu. Sorry la kalau apa yang diajar tu saya selalu lupa nak buat. Lupa nak ikut. Lupa la semuanya. Teknik ke apa ke.. Memang tak sangka sesungguhnya susah nak menyanyi ney. Susah yang amat.

InsyaAllah saya akan cuba untuk improvise lagi. Jadi lebih baik. And harap saya dapat buat yang terbaik untuk CG nanti. Dapat capai standard yang diinginkan..

Kepada solo Farhana (K.syida and K.faz) Sorry sangat kalau sepanjang hari ni, muka saya macam takde mood sangat bukan sebab tak suka berlatih atau apa. Tapi sebab saya penat and frustrated serta tension dan stress sebab aimi geram sangat kenapa masih ulang kesilapan yang dah cuba dibetulkan. Setiap masa terluang saya akan cuba latih, ingat semula apa yang diajar and buat sendiri. Kadang-2 dalam bilik air pun saya buat.. Tapi tetap buat salah. And saya memang kalau tak dapat betulkan semula apa salah saya memang frust, stress and tension. And of course tersangatlah tak puas hati. So, thats why muka memangla berkerut sangat tadi. Ditambah pula kesakitan perempuan setiap bulan tu. heee =) And lagi satu sorry sangat kalau buat korang rasa saya ney susah nak diajar.

Next, kepada solo Fannan (A.Nuzul) and A.Adib thanks sebab petang tadi ajar sikit macam mana nak dapat feel lagu and macam mana nak sekatakan gaya and what so ever. Memang best. Rasanya disebabkan nasihat dari korang, tips yang korang bagi tu. Saya dapat apply tak secara menyeluruh tpi berperingkat-peringkat lah. Maklumlah nak berubah drastik ney susah and payah. Saya ney kan kayu, so kenala ubah sikit demi sikit. Lagi satu barulah saya faham erti feel lagu. Sebeblum ney feel je. Tapi feel tu rasa dalam hati. Tak ditunjukkan melalui pergerakan. Sorry la sebab saya pun bukan jenis reti la nak luahkan feel tu dengan pergerakan. Kayu habis.

Itu jela setakat ini..

Maaf tak terkata apa-2 dalam round table tadi.
Maaf juga sebab cara saya meluahkan sesuatu ialah menulis. Mungkin korang rasa itu macam kelemahan atau mungkin sebab saya ney penakut. Tapi kadang-2 apa yang nak disampaikan akan lebih sampai dengan cara menulis. Saya bukan seorang yang boleh berkata-2 dengan kata-2 yang orang boleh faham. Dah ramai dah bagitahu, orang susah nak faham apa yang saya cakap. Tapi tak menghalang saya untuk berkata-2, saya akan cuba perbaiki. Semua ni ambil masa. InsyaAllah saya cuba ubah.

Sekian.
* * * *

p/s : harap ukhuwah antara kita berterusan...


-Amilia_Ami-

Thursday, February 2, 2012

Suara Itu

Bismillah...

Terdengar...
sayup...
sayu...
Lembut dialun penuh perasaan.
Dikeluar tanpa paksaan.
Dilenggok seakan merintih..
Merintih hati yang pedih..

Dia cuma ingin menyanyi,
menyanyi lagu angin yang mendayu sepi
namun segalanya terbatas.
merasa suaranya tidak gemersik
terasa kedengaran pelik

Perasaan tidak pasti
menghilangkan segala roh melodi
melodi semakin hilang
hilang dari pandangan
note semakin berantakan
suara semakin kehancuran
air mata semakin bercucuran

Dia menyanyi dari hati
tanpa menghirau suara yang tak didengari
kedengaran sumbang namun merdu di hati
sayup..
sayu..
alunan lagu..
lagu yang dikarang dari jiwa yang rapuh

Terperosok dalam rasa bersalah
yang mengundang resah
berat terasa jiwa merintih
hati yang berendam darah putih
kerna tiada lagi warna
yang mampu menggambar cerita
betapa derita jiwa merana
hanya lagu sayu peneman duka
dinyayikan suara sumbang
yang semakin hilang
hilang jauh dibawa angin lalu

Dia suara itu
dia hati yang pilu
dia melodi yang berlalu
tak beralun
tak bertamu..

Dia pemilik suara sayup 
dari hati yang hampir tertutup...




Amilia_Ami
Hak Milik © Angkara Hati