Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Thursday, August 14, 2014

Terbabas

Bismillah..
Assalamualaikum

Terkadang aku sendiri boleh terbabas.
terbabas buat dosa setiap hari,
antaranya...
terbabas mencarut
terbabas maki hamun
terbabas mengumpat
terbabas terhanyut waktu solat
terbabas ternampak sikit aurat
terbabas segala-galanya..

eh banyak betul terbabas.
harap tak terbabas dari bertaubat,
sebab masuk neraka pun bukan terbabas,
itu balasan dari segala keterbabasan yang terbabas dan tak perasan
sampai terbabas terus hingga hujung jalan,
lupa nak patah balik dekat persimpangan
yang sudah tersedia cabang jalan..

Gambar: Ihsan igalleriez






Monday, August 11, 2014

Selayaknya aku dihormati

Bismillah
Assalamualaikum


Adakah aku kurang layak mendapatkan rasa hormat?
Sabarlah hati..
Kau tidak tahu bila penghujung hidupmu.
Jadi mungkin jalan hidupmu masih panjang.
Dan masih banyak hal yang akan kau ketemu.

Seperti kata-kata orang bijak ilmu,
jaga dirimu..kerana dengan itu orang sekelilingmu
akan menghormatimu.
Mana yang singkat dilabuhkan,
mana yang kurang dilebihkan,
hati itu dikawal selia jangan leka,
namun masih ada yang berlaku jelek,
bukan mahu pertikaikan..
Ampun Ya Allah jika ini kedengaran tidak rela.,
apakah harus aku menutup wajahku?
baru aku dijauhkan dari hal-hal yang mengganggu emosiku.

Atau mungkin ini bukan salah aku,
ini adalah salah mereka yang kurang tahu
tentang nilai hormat,
Atau juga mungkin kau menginginkan aku
untuk kembali berpaut padamu,


Sabar sahaja wahai hati,
jangan kerana hal yang mengganggu ini
dikau hilang pertimbangan diri
lalu terlahir kata maki.

Jika ini cubaan untukmu,
tetap tegar
yakin kamu tidak bersendiri.
Kerana masih ada yang menemani
meski dia tidak terlihat oleh mata zahir.




p/s: tidak perlu aku ceritakan peristiwa itu. Cukuplah aib orang yang terpaksa ku buka kerana telah mengaibkanku. Tiada lagi aib yang harus dicerita.



Sunday, August 10, 2014

Sudahlah sayang

Sudahlah sayang..

Sudah lah mengeluh.
Aku mungkin takkan mengerti peritmu
Tapi aku mulai mengerti air matamu

Sudahlah berlari.
Aku mungkin takkan dapat mengejarmu
tapi aku pasti mencari dan menjejakmu

Sudahlah termenung
Aku mungkin takkan dapat membaca fikirmu
kerana aku selalu menyelami hatimu

Sudahlah..
kita berhenti dahulu
pisahkan hati
jauhkan diri
mungkin akan menjunamnya rindu
mungkin akan menjunam dalam kalbu

atau mungkin kita takkan pernah jadi satu.



Sudahlah sayang
Aku sudah lelah fikirkan itu.





Saturday, August 9, 2014

22 tahun 4 hari

Bismillah
Assalamualaikum..


Tanggal 5 Ogos, sudah 22 tahun aku hidup atas muka bumi ini, dalam 22 tahun itu bergunung dosa telah dikumpul, berkurang atau makin bertambah. Allah saja tahu.


Kalau dulu ulang tahun adalah hari paling sunyi di mana aku pun kurang ambil kisah, mungkin cuma berharap dalam hati.

Ulang tahun ke 22 tidak pula.. Ini nikmat yang jarang-2 aku dapat. Walaupun sekadar dihujani ucapan, itu sudah teramat cukup. Ditambah kejutan dari rakan sekelas, itu paling gembira. Disambut awal oleh ibu gara-gara aku harus kembali ke latihan industri. Walau sambutan agak hambar, dan mungkin ibu kecewa kerana dia yang paling bersungguh nak sambut tapi aku pergi beraya lewat dengan kawan-2. Maaf..dan aku mahu kembali ke waktu itu, menyambutnya awal dengan sempurna =(



Rindu ibu dan semuanya. Rindu rumahku. 


Kalau dulu ulang tahun itu sunyi, tapi aku masih berteman keluarga. 
Kini ulang tahun agak berwarna, tapi aku jauh dari tempat asal ku.




.
Aku rasa semakin matang fikiran ku.
bertumbuh bersama umur.



Mungkinkah ulang tahun seterusnya akan menyepi kembali atau terus bernyawa?
Hak Milik © Angkara Hati