Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Sunday, January 29, 2012

Rahsia Yang Bukan Lagi Rahsia

Bismillah...

Assalamualaikum.

Hanya satu je manusia yang boleh dipercayai.
Diri sendiri.
Rahsia aku hanya aku je yang mampu simpan.
Bukan dia, dia dan dia.
Bukan siapa-2 tapi diri aku sendiri.

Kenapa tiba-2 muncul pasal ney?
Ya. Aku macam semua orang, ada rahsia. tapi masalah aku ialah aku telah mengkhianati diri aku sendiri dengan memberitahu orang lain.
Aku sangka rahsia itu akan tersimpan selama yang aku harapkan. Rupanya lain yang ku sangka lain pula yang jadi.

Bukan niat nak hentam. Tapi aku memang terasa dikhianati sbb rahsia aku dibuka macam tu je..depan mata aku. And like seriously aku memang bengang tahap gila.
Tolongla.. aku sedang berusaha melupakan hal itu.. kenapa harus ditimbulkan.
Aku sedar aku terlalu berbeza dengan dia. So just stop it.
Aku taknak berharap. and memberi harapan.
Aku taknak terjebak lagi dalam perasaan yang tak pasti akan bwak aku ke mana.

Kalau salah seorang yang terlibat dalam kes rahsia aku yang dah tak menjadi rahsia lagi terbaca entry aku.ney, aku harap tolongla hentikan semua ney. Aku dah tak larat bermain dengan perasaan lagi.
Tolong!

Kepada mereka yang membocorkan rahsia di depan mata aku.. Untuk pengetahuan korang, apa yang korang katakan masih terngiang-2 dlm kepala hotak aku ni. Sampai aku tak boleh nak tidur. kejap2 terfikir pasal situasi tu, kejap2 terbayang muka orang tu.
Tolonglaa aku cuba untuk keep silent.
and remain it silence until no more hopes.

Sorry kalau aku seakan menghentam belakang.
Bukankah kau semua suka menghentam belakang jugak kan??
jadi bersedialah untuk dihentam juga,

Sekian.


-Amilia_Ami-

Friday, January 27, 2012

Sudahlah.. hentikan sahaja.

Bismillah.

Sudahlah.
Tamatkan sahaja apa yang kau mula.
Sudahlah.
Hentikan semua yang kau bina.

Aku tahu, kau memang begitu.
Aku tahu, siapa aku.
Meski itu memang sikapmu.
Tak perlu kau bangga dengan menjadi diri yang katanya jitu.
Meski itu memang perilaku mu.
Tak perlu kau besar-2-kan malah mempertahankan.

Mungkin bagimu itu yang terbaik.
Tapi, aku memandangmu hampir jelek.
Bukan maksud membenci.
Cuma terasa hati.
Barangkali.

Seringkali pertanyaanku di jawab dengan wajah selamba.
Tanpa jawapan.
Mungkin kau harap aku memahami apa jawapanmu di sebalik tabir matamu.
Hampa.

Ya. Ya. Aku tahu, Itu memang kamu.
Kamu memang begitu.
Aku tak layak persoal caramu.

Tapi jika difikir.
Menjadi diri sendiri yang semakin lama dipandang jelek,
itu bukan jalan terbaik.
Lebih baik kau tamatkan sahaja.
Berubah tak perlu bayar.
Malah gemilang kau pertahan sedikitpun tak tercalar.

Ego yang menjadi tuhan dalam hati.
Lama-2 membenci.
Kalau mahu membenci.
Maka bersedialah untuk dibenci.

Tapi aku.
Tak layak membencimu sekalipun.
Tapi aku.
Tak mampu bertahan denganmu kerana aku manusia sepertimu.
Aku juga punya ego.
Namun harus dibuang jauh.
Agar, kau dan aku masih boleh bergerak dalam haluan yang satu.


Amilia_Ami

Friday, January 20, 2012

Kisah Tragis Budak Cuak (ini bukan sambungan)

Bismillah..
Aku nak cerita pasal budak cuak ye..

Kalau readers masih ingat kisah budak cuak yang aku ceritakan dulu.. Dia kini baru sahaja habis berperang dengan final exam semester satu. Ya. Nampaknya dia akan melangkah ke semester dua.
Kisah tragis apa yang nak aku ceritakan?

Kisah tragis yang aku rasa mungkin segelintir atau kebanyakan pelajar universiti pernah alami. Tapi bukan bagi budak cuak ini. Kisah tragis ini adalah yang pertama dalam hidupnya. Baginya kisah tragis ini memang la buat dia kelihatan sangat serabut time itu.

Kisah tragis ini bermula ketika dia menduduki peperiksaan bagi subjek Biostatistik. Ya, Biostatistik yang sangat buat dia cukup tension. Cukup gelabah dan cukup secukupnya. Kenapa? Entah, tak tanya dia. Setibanya dia dan ahli-2 forum, Dud, Jenglot dan Fot di terminal bas universiti tersebut (wah sejak bila ye dakk?) berdekatan dengan dewan peperiksaan yang baru (dekat dengan Kolej Satu). Tiba-2 mentol merah menyala di atas kepalanya mengatakan yang dia lupa bawak kalkulator. Bagus.

Bagus sangat lah tu, nak periksa tapi tak bawak benda paling penting untuk subjek itu. Dan dia dalam keadaan cuak, pulang semula ke terminal bas (di perpustakaan). Tengok jam masih sempat. Tapi yang buat dia lagi cuak ialah di mana ketiadaan teksi pada waktu itu ditambah pula bas yang jadualnya jam 3.10ptg. Walhal periksa beermula jam 3 ptg.

Dalam keadaan hujan, dia pasrah berjalan ke hadapan demi menahan teksi gara-2 dilihatnya ramai pula yang menunggu teksi. Teksi! Yah! Itu dia, tahan zup! Masuk teksi. Zap! Ke Kolej 'Tut'!

“pakcik, boleh tak tunggu saya kat bawah, saya nak ambil barang kat atas,” itulah yang dikatakannya. Mungkin.

Berlari sprint menuju ke lif. Ternyata lambat. Sampai floor 6, berlari sprint lagi ke bilik. Capai kalkulator. Blah! Nak turun. Alahai ternyata lif terlebih lambat. Long journey. Ramai pulak yang nak nek lif. Dan nak masuk lif pun terkedek-2. Geram. Dah sampai bawah. Cepat-2 bergerak ke teksi. Blah!

Yang buat makin serabut. Barang-2 semua kat tangan. Memang dia dilahirkan untuk memegang segala barang yang ada. Walaupun ada beg yang disandang. Beg duit jatuh dalam becak. Payung tak berlipat. Handphone yang terjatuh bawah seat driver. Mengarut sungguh budak cuak tu.

Masuk dah lambat. Tapi nasib baik belum mula exam. Oke duduk. Dada dan berombak-2, nafas tercungap-2. Tangan dah menggigil macam orang Parkinson. Nak tarik nafas lebih banyak dada sakit. Memang terasa azam time tu.

“Calon-2 boleh mula menjawab sekarang”

Baca soalan. Erm... Apakah?
Baca lagi. Ermm.. kosong. (tiba-2 lagu Kosong-Najwa Latif berkumandang)
Baca lagi. Dah. Give up! Lepak dulu.

Maka 15 minit pertama dihabiskan dengan membaca segala surah mengalun segala zikir supaya tenang. Okeh. Mula menjawab soalan MCQ. Terus pula ke soalan kira-2. Section B dan C.
Mampus! Time tu blank segalanya! Nak menangis. Tapi nanti orang kata apa pula menangis time jawab periksa. Macam kena seksa.

15 minit lagi termenung dengan buku jawapan yang masih kosong dan cantik bersih lagi suci. Bila dah lama-2 barulah segala formula itu datang, walaupun lambat dan tidak keseluruhan. Lebih baik ada daripada tiada formula langsung yang diingat. Bersyukur.

Tenang sikit. Walaupun masih cuak tahap apa. Habis periksa. Release~ kerana paper itu adalah paper terakhir. Tapi bila difikir perfomance masa jawab, memang sedih. (dah macam nak buat konsert). Keluar dewan. Tarik nafas panjang. Hembus sepuasnya.

Pergi bawah tangga nak ambil beg. Si budak ini lupa yang dia duduk di bawah tangga. Maka setalah itu berdiri dengan penuh yakin. Dan akhirnya... Dush! Kepalanya menghentam tembok konkrit yang memang konkrit habis. Kalau tak ye ye, emang pecah kepala. Tiba-2 dia terasa pening-2. Aihhh~ Dugaan sangat. Biaq pi la.

Sampai bilik. Sakit kepala macam nak gila. Tapi ditahan demi mengadap drama korea yang tinggal berapa je episodnya, serta FB dan Twitter. Jam satu. Tidur dengan nyenyak. Selepas menelan sebiji panadol. Yang sejak akhir-2 ney menjadi penemannya setiap hari. Untongla kau Panadol.

Esoknya, (19/01/12) dia bertolak pulang ke rumah. Yahoo! Mesti budak tu gembira yang amat.

p/s : Entry ini ditulis di dalam surau Terminal Berepadu Selatan (TBS) dalam masa setengah jam semalam. Ya aku menulis entry dengan lambat.

p/p/s : Doakan yang terbik untuk budak cuak itu.
Hak Milik © Angkara Hati