Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Thursday, December 29, 2011

Mati

Bismillah.

Mati tak mati la kan aku ni. Dengan hari yang makin berlalu. Mood masih tak faham-2 bila aku dah memanggil. Memang ternyata mood aku ni degil sama macam tuannya. Aku panggil. Aku seru. Aku jampi bagi datang. Memang harapan la mood aku nak datang, mungkin sedang seronok berjimba dengan mood orang lain yang tak nak balik kat tuan dia jugak. Kau faham apa yang aku cuba sampai kan?

Faham kan.

Aku takda masa nak tulis panjang-2 kasi explanation pasal apa yang aku sampaikan.
Mood belajar aku yang kejap malap, kejap terang. Kejap jenguk, kejap bla. Memang buat aku rasa nak mati akal. Bukan nak lagi. Memang dah pown. Nasib baikla, semalam aku dapat nightmares yang bagi budak-nerd-nak-mampos macam aku rasa mimpi dapat pointer cam tahik memang nightmare gila-vavas.

Kau tahu? Memang ke laut la JPA aku kalau aku dapat pointer macam dalam mimpi. T_T
Menangis macam mati laki, mati anak, mati adek beradek mati segalanya. Tapi orang kata tak elok menangis sampai boleh buat laut mati yang kedua kalau orang meninggal kan? Tapi aku nangis pasal pointer sengal. Jadi dikecualikan. Aku nak buat laut mati yang ketiga pun boleh. Buat laut merah pun takpe.

Aku dah merepek jauh. Ya, aku faham.

Sudahlah. Aku memang tak faham kenapa mood menulis panjang aku boleh menjengah tiba-2. Tapi mood belajar aku masih berjimba. Demm!

Aku memang kena buat sendiri. Tak payah nak mengada nak fikir sangat pasal mood tu. Nanti sampai bila tak datang. Aku yang mati. So, push myself. Tak payah tunggu mood. Buang karen je.

p/s : ye, aku tau. aku merungut dan aku sendiri pujuk. Aku gila. Aku tahu. Hahahaha. Tapi baguslah. Tak susahkan orang.

p/p/s : Maaflah penggunaan MATI yang berkali-2. Ouh, ini memang bukan diri aku. Serius!

Musim Gila

Bismillah..

Assalamualaikum.

Musim gila. Tak payah nak gila sangat la kan. Tapi aku tetap merasa gila. Gila kenapa? Gila gara-2 exam final.
Aku bet memang setiap kali musim exam je, smua makcik pakcik yang nak ambik exam akan sentiasa rasa macam nak terjun bangunan mengadap buku yang memang takkan habis kulit ke kulit.

Kalau tak rasa nak terjun, mungkin muka mengalahkan ayam betina nak bertelur. Hey, rupa itu lebih teruk daripada ayam berak kapur, aku kira. *tak tau la apa yang aku kira sebenarnya*

Tapi mungkin keadaan aku lebih teruk, tak seteruk reaksi muka aku.
Ya, dalam keadaan mission-impossible-gila aku masih mampu mengukir senyuman-yang-memang-tak-manis-langsung kat muka aku ni. Aku ney cool-gila-meroyan kan?

Dari satu note ke satu note aku sentuh. Aku raba. Aku ramas. Aku peluk. Aku cium. Aku hayun dan sebagainya. *maaf bukan bermaksud nak buat pembaca gersang* Tapi baca, hurmm harapan tinggal harapan, memang tak la. Satu patah perkataan tu pun mau tak berejam aku baca. Tak faham kenapa aku tak faham baca satu paatah perkataan tu je. Benci.

Sebelum start, aku siap boleh bukak table kisah hati-ke-hati dengan roomate aku. Segala masalah yang aku pendam aku bukak satu persatu. Aku tak kira dah apa yang dia nak kata pasal aku. Kalau nak kata aku lembek pun suka hatilah.

gambar macam suram tak suram je.
Aku cuma nak bagitahu, aku buat note yang menarik hati aku untuk belajar. Ye. Note secara komik. Memang best bila buat, semangat aku rasa baru. Otak terasa berjalan lancar. Tapi memang lambat. Masa tinggal 4 hari je lagi. Nak habiskan satu buku, kira taun depan jela. Hurmm.. Tak perlu nak heboh sangat kan? Tak penting.









p/s : gambar tanda aku dah bosan malah tiada mood buat ketika ini. Tapi harus dilupakan mood yang hilang tu, takut terlambat nanti

Wednesday, December 28, 2011

Lahir Lagi

Entah kenapa jiwa tak tenang. Ini blog kedua selepas Dunia Cik Maia
blog kedua yang mungkin akan lebih matang.Walaupun sebenarnya masih terasa seakan keanak-2-an.
Memang terasa awkward bila jiwa tak tenang hati rasa nak larikan diri dari segalanya. Ya, teruslah berlari. Dan berlari.
Bukan aku taknak berhenti tapi hati aku ney mengasak bagai nak rak. Memang terasa macam kerja gila bila setiap kali rasa nak lari.

Ya. Ya. aku tau melarikan diri tak patut. Aku tau. Fine. Aku masih nak kemukakan tapi.. Ya tapi kenapa aku tak mampu berhenti berlari. Mungkin iini sudah takdir? Ah aku tak rasa macam tu.
Sudahla. Tajuk post sering kali tak kena dengan isi yang carca marba macam nak gila. Aku peduli apa.
Aku cuma berharap aku yang baru lahir secepat mungkin. Tak sabar nak lihat kelahiran yang entah bila dihamilkan.

mengarut. Aku tau, cuma itu yang aku tahu. Hey, bukan aku sorang yang ada masalah macam ni. Ramai lagi. So, marilah kita menghadapinya bersama. Aku yakin. Ramai.

Jadi, sudahlah bertinta panjang lebar. Aku rasmikan blog kedua aku.

NEON MALAM ITU

#llagu dimainkan tanda perasmian#

sekian terima kasih. 

p/s : masih belum ada followers. Tak mengapa. Ini masih permulaan.
Hak Milik © Angkara Hati