Thursday, December 29, 2011

Musim Gila

Bismillah..

Assalamualaikum.

Musim gila. Tak payah nak gila sangat la kan. Tapi aku tetap merasa gila. Gila kenapa? Gila gara-2 exam final.
Aku bet memang setiap kali musim exam je, smua makcik pakcik yang nak ambik exam akan sentiasa rasa macam nak terjun bangunan mengadap buku yang memang takkan habis kulit ke kulit.

Kalau tak rasa nak terjun, mungkin muka mengalahkan ayam betina nak bertelur. Hey, rupa itu lebih teruk daripada ayam berak kapur, aku kira. *tak tau la apa yang aku kira sebenarnya*

Tapi mungkin keadaan aku lebih teruk, tak seteruk reaksi muka aku.
Ya, dalam keadaan mission-impossible-gila aku masih mampu mengukir senyuman-yang-memang-tak-manis-langsung kat muka aku ni. Aku ney cool-gila-meroyan kan?

Dari satu note ke satu note aku sentuh. Aku raba. Aku ramas. Aku peluk. Aku cium. Aku hayun dan sebagainya. *maaf bukan bermaksud nak buat pembaca gersang* Tapi baca, hurmm harapan tinggal harapan, memang tak la. Satu patah perkataan tu pun mau tak berejam aku baca. Tak faham kenapa aku tak faham baca satu paatah perkataan tu je. Benci.

Sebelum start, aku siap boleh bukak table kisah hati-ke-hati dengan roomate aku. Segala masalah yang aku pendam aku bukak satu persatu. Aku tak kira dah apa yang dia nak kata pasal aku. Kalau nak kata aku lembek pun suka hatilah.

gambar macam suram tak suram je.
Aku cuma nak bagitahu, aku buat note yang menarik hati aku untuk belajar. Ye. Note secara komik. Memang best bila buat, semangat aku rasa baru. Otak terasa berjalan lancar. Tapi memang lambat. Masa tinggal 4 hari je lagi. Nak habiskan satu buku, kira taun depan jela. Hurmm.. Tak perlu nak heboh sangat kan? Tak penting.









p/s : gambar tanda aku dah bosan malah tiada mood buat ketika ini. Tapi harus dilupakan mood yang hilang tu, takut terlambat nanti

3 comments:

  1. hurray !! jadi yang pertama. ahaks !! :p

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tahniah.. Terima kasihla nak follow blog baru ney..

    ReplyDelete
  3. hi hi. na titon. tapi tapi ta boleh titon. zzZzz -____-

    ReplyDelete

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati