Thursday, December 29, 2011

Mati

Bismillah.

Mati tak mati la kan aku ni. Dengan hari yang makin berlalu. Mood masih tak faham-2 bila aku dah memanggil. Memang ternyata mood aku ni degil sama macam tuannya. Aku panggil. Aku seru. Aku jampi bagi datang. Memang harapan la mood aku nak datang, mungkin sedang seronok berjimba dengan mood orang lain yang tak nak balik kat tuan dia jugak. Kau faham apa yang aku cuba sampai kan?

Faham kan.

Aku takda masa nak tulis panjang-2 kasi explanation pasal apa yang aku sampaikan.
Mood belajar aku yang kejap malap, kejap terang. Kejap jenguk, kejap bla. Memang buat aku rasa nak mati akal. Bukan nak lagi. Memang dah pown. Nasib baikla, semalam aku dapat nightmares yang bagi budak-nerd-nak-mampos macam aku rasa mimpi dapat pointer cam tahik memang nightmare gila-vavas.

Kau tahu? Memang ke laut la JPA aku kalau aku dapat pointer macam dalam mimpi. T_T
Menangis macam mati laki, mati anak, mati adek beradek mati segalanya. Tapi orang kata tak elok menangis sampai boleh buat laut mati yang kedua kalau orang meninggal kan? Tapi aku nangis pasal pointer sengal. Jadi dikecualikan. Aku nak buat laut mati yang ketiga pun boleh. Buat laut merah pun takpe.

Aku dah merepek jauh. Ya, aku faham.

Sudahlah. Aku memang tak faham kenapa mood menulis panjang aku boleh menjengah tiba-2. Tapi mood belajar aku masih berjimba. Demm!

Aku memang kena buat sendiri. Tak payah nak mengada nak fikir sangat pasal mood tu. Nanti sampai bila tak datang. Aku yang mati. So, push myself. Tak payah tunggu mood. Buang karen je.

p/s : ye, aku tau. aku merungut dan aku sendiri pujuk. Aku gila. Aku tahu. Hahahaha. Tapi baguslah. Tak susahkan orang.

p/p/s : Maaflah penggunaan MATI yang berkali-2. Ouh, ini memang bukan diri aku. Serius!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati