Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...
Showing posts with label Nota gila. Show all posts
Showing posts with label Nota gila. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

Rosak

Bismillah

Assalamualaikum


Rosak mood aku pagi ni bila naik status kau di newsfeed aku. Tak tau kenapa jantung aku berdebar lebih laju dari sebelum ni.


Rupanya aku belum boleh move on sepenuhnya sebab masih ada ruang kosong dalam hatiku, dan aku cuma ada kenangan untuk disimpan.

Jantung berdebar satu hal,
marah satu hal,
nak menangis sebab rindu pun satu hal.

Bodoh nya aku ni.

Bodoh yang amat.

Rindu??? 웃기지마!!


Ahh aku tetap rasa aku tak guna. Konon nak move on. Nak block, nak unfriend aku rasa macam tak cool la pulak. Dah takde apa-apa kan? Kau pun mungkin tak pernah rasa apa yang aku rasa, buat apa nak meroyan macam tak matang kan.



Berkat ke-EGO-an aku, akhirnya aku yang merosakkan mood sendiri. LOL


Nasib baik bila dah lepas tengah hari, perasaan aku normal balik. Kalau aku stress, nampaknya aku kena jugaklah cari pengganti. Full stop.


KAH!





Amilia Ami
Lab C8, Genetik.
Jam 5:37pm



Saturday, February 7, 2015

Kawan jatuh cinta

Senyum sendiri.
Dia kawan dah lama.
Dia kawan dari sekolah.
Dia kawan dah empat tahun.

Dia, Dia dan Dia ada satu persamaan.
Mereka jatuh cinta pada orang yang sama.
Tapi....
Dia, Dia dan Dia tak pernah tahu kewujudan masing - masing.

Dia, Dia dan Dia ada lagi satu persamaan.
Perempuan itu tidak memilih antara mereka.
Sayang...
Perempuan itu tahu sudah lambat.
Tak perasan cinta yang diluah.
Terlalu halus.
Tak nampak.
Lalu, Dia si kawan lama dan kawan dari sekolah --
tinggal jadi kenangan indah.

Sementara itu, Dia, kawan sudah empat tahun pula masih menunggu.
Malang...
Perempuan itu tidak berani pertaruh hidup.
Tak ada jaminan untuk bahagia jadi akhir cerita.
Rela dibiar macam tu sahaja.
Terhukum dengan hukuman yang dijatuhkan untuk diri sendiri.
Lalu si Dia terkena tempias.
Terguris hatinya.
Pedih.














Terima kasih.

Dari pacal yang hina. =)


Thursday, August 14, 2014

Terbabas

Bismillah..
Assalamualaikum

Terkadang aku sendiri boleh terbabas.
terbabas buat dosa setiap hari,
antaranya...
terbabas mencarut
terbabas maki hamun
terbabas mengumpat
terbabas terhanyut waktu solat
terbabas ternampak sikit aurat
terbabas segala-galanya..

eh banyak betul terbabas.
harap tak terbabas dari bertaubat,
sebab masuk neraka pun bukan terbabas,
itu balasan dari segala keterbabasan yang terbabas dan tak perasan
sampai terbabas terus hingga hujung jalan,
lupa nak patah balik dekat persimpangan
yang sudah tersedia cabang jalan..

Gambar: Ihsan igalleriez






Monday, August 11, 2014

Selayaknya aku dihormati

Bismillah
Assalamualaikum


Adakah aku kurang layak mendapatkan rasa hormat?
Sabarlah hati..
Kau tidak tahu bila penghujung hidupmu.
Jadi mungkin jalan hidupmu masih panjang.
Dan masih banyak hal yang akan kau ketemu.

Seperti kata-kata orang bijak ilmu,
jaga dirimu..kerana dengan itu orang sekelilingmu
akan menghormatimu.
Mana yang singkat dilabuhkan,
mana yang kurang dilebihkan,
hati itu dikawal selia jangan leka,
namun masih ada yang berlaku jelek,
bukan mahu pertikaikan..
Ampun Ya Allah jika ini kedengaran tidak rela.,
apakah harus aku menutup wajahku?
baru aku dijauhkan dari hal-hal yang mengganggu emosiku.

Atau mungkin ini bukan salah aku,
ini adalah salah mereka yang kurang tahu
tentang nilai hormat,
Atau juga mungkin kau menginginkan aku
untuk kembali berpaut padamu,


Sabar sahaja wahai hati,
jangan kerana hal yang mengganggu ini
dikau hilang pertimbangan diri
lalu terlahir kata maki.

Jika ini cubaan untukmu,
tetap tegar
yakin kamu tidak bersendiri.
Kerana masih ada yang menemani
meski dia tidak terlihat oleh mata zahir.




p/s: tidak perlu aku ceritakan peristiwa itu. Cukuplah aib orang yang terpaksa ku buka kerana telah mengaibkanku. Tiada lagi aib yang harus dicerita.



Sunday, August 10, 2014

Sudahlah sayang

Sudahlah sayang..

Sudah lah mengeluh.
Aku mungkin takkan mengerti peritmu
Tapi aku mulai mengerti air matamu

Sudahlah berlari.
Aku mungkin takkan dapat mengejarmu
tapi aku pasti mencari dan menjejakmu

Sudahlah termenung
Aku mungkin takkan dapat membaca fikirmu
kerana aku selalu menyelami hatimu

Sudahlah..
kita berhenti dahulu
pisahkan hati
jauhkan diri
mungkin akan menjunamnya rindu
mungkin akan menjunam dalam kalbu

atau mungkin kita takkan pernah jadi satu.



Sudahlah sayang
Aku sudah lelah fikirkan itu.





Thursday, December 29, 2011

Musim Gila

Bismillah..

Assalamualaikum.

Musim gila. Tak payah nak gila sangat la kan. Tapi aku tetap merasa gila. Gila kenapa? Gila gara-2 exam final.
Aku bet memang setiap kali musim exam je, smua makcik pakcik yang nak ambik exam akan sentiasa rasa macam nak terjun bangunan mengadap buku yang memang takkan habis kulit ke kulit.

Kalau tak rasa nak terjun, mungkin muka mengalahkan ayam betina nak bertelur. Hey, rupa itu lebih teruk daripada ayam berak kapur, aku kira. *tak tau la apa yang aku kira sebenarnya*

Tapi mungkin keadaan aku lebih teruk, tak seteruk reaksi muka aku.
Ya, dalam keadaan mission-impossible-gila aku masih mampu mengukir senyuman-yang-memang-tak-manis-langsung kat muka aku ni. Aku ney cool-gila-meroyan kan?

Dari satu note ke satu note aku sentuh. Aku raba. Aku ramas. Aku peluk. Aku cium. Aku hayun dan sebagainya. *maaf bukan bermaksud nak buat pembaca gersang* Tapi baca, hurmm harapan tinggal harapan, memang tak la. Satu patah perkataan tu pun mau tak berejam aku baca. Tak faham kenapa aku tak faham baca satu paatah perkataan tu je. Benci.

Sebelum start, aku siap boleh bukak table kisah hati-ke-hati dengan roomate aku. Segala masalah yang aku pendam aku bukak satu persatu. Aku tak kira dah apa yang dia nak kata pasal aku. Kalau nak kata aku lembek pun suka hatilah.

gambar macam suram tak suram je.
Aku cuma nak bagitahu, aku buat note yang menarik hati aku untuk belajar. Ye. Note secara komik. Memang best bila buat, semangat aku rasa baru. Otak terasa berjalan lancar. Tapi memang lambat. Masa tinggal 4 hari je lagi. Nak habiskan satu buku, kira taun depan jela. Hurmm.. Tak perlu nak heboh sangat kan? Tak penting.









p/s : gambar tanda aku dah bosan malah tiada mood buat ketika ini. Tapi harus dilupakan mood yang hilang tu, takut terlambat nanti
Hak Milik © Angkara Hati