Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Saturday, February 7, 2015

Kawan jatuh cinta

Senyum sendiri.
Dia kawan dah lama.
Dia kawan dari sekolah.
Dia kawan dah empat tahun.

Dia, Dia dan Dia ada satu persamaan.
Mereka jatuh cinta pada orang yang sama.
Tapi....
Dia, Dia dan Dia tak pernah tahu kewujudan masing - masing.

Dia, Dia dan Dia ada lagi satu persamaan.
Perempuan itu tidak memilih antara mereka.
Sayang...
Perempuan itu tahu sudah lambat.
Tak perasan cinta yang diluah.
Terlalu halus.
Tak nampak.
Lalu, Dia si kawan lama dan kawan dari sekolah --
tinggal jadi kenangan indah.

Sementara itu, Dia, kawan sudah empat tahun pula masih menunggu.
Malang...
Perempuan itu tidak berani pertaruh hidup.
Tak ada jaminan untuk bahagia jadi akhir cerita.
Rela dibiar macam tu sahaja.
Terhukum dengan hukuman yang dijatuhkan untuk diri sendiri.
Lalu si Dia terkena tempias.
Terguris hatinya.
Pedih.














Terima kasih.

Dari pacal yang hina. =)


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati