Wednesday, June 10, 2015

Curiosity beyond everything

Bismillah
Assalamualaikum


Beberapa hari yang lepas, aku pulang ke rumah di Pasir Gudang, Johor.
Pulang ke rumah untuk mencari ketenangan dan jawapan yang masih lagi tercari-cari apakah ia.


Patutkah aku terus sambung belajar di UM? atau pulang ke Johor?
Kenapa aku masih lagi dengan inferiority aku yang tak habis-habis.
Tiada keyakinan diri yang aku boleh kata tahap severity-nya adalah sampai aku sanggup memperkecilkan kebolehan sendiri.
Aku sungguh merasa tidak layak untuk berdiri bersama ilmuwan yang hebat, demi mencapai cita-cita menjadi seorang ahli sains. Tidak layak.  Bukan. Tidak yakin pada diri adalah yang sebetulnya.

Lalu ibu mula berbicara,

"antara adik beradik, akak yang paling suka tanya. Kenapa kita makan? Kenapa kita lapar? Kenapa kita kena makan bila kita lapar? Kenapa tak boleh buat ini, kenapa tak boleh buat itu? Ini apa? Kenapa ini, kenapa itu, kenapa perlu begini, kenapa perlu begitu?"

"Then, ibu jawab apa?"

"Ibu jawab apa sahaja yang logik untuk fikiran budak-budak, prinsip ibu, sebagai ibu bapa, kita tak boleh tunjuk atau nampak bodoh depan anak-anak, jawab lah apa sahaja"



Kesimpulan cerita,


  • Rupanya aku dulu, ada ciri-2 seorang budak yang penuh dengan sifat ingin tahu yang tak kisah kalau soalannya sebenarnya soalan bodoh.
  • Aku sedar, rupanya aku semakin memadam sifat ingin tahu yang sebenarnya dari kecil sudah tertanam. Aku bersalah kerana menghilangkan naluri kanak-kanak (suka bertanya) itu sekarang.
  • Nak jadi ibu bukan senang. Kau kena tahu tackle soalan anak. Kau kena support anak. Kau kena bagi apa sahaja yang kau tahu supaya sel-sel otak anak kau berkembang.
  • Tapi, setelah support dan segala macam benda yang ibu ayah dah semai dan curahkan sejak kau kecil, kenapa harus kau sendiri yang membunuhnya?


Biar naluri kanak-kanak yang suka bertanya itu tetap membesar bersamamu. Jangan biar dia mati.
Semai ayat,
Curiosity beyond everything
                                                                               dalam diri.
Cambahkan cinta pada ilmu dan pada diri.




Adios.
Amigos.



Aimilia Ami
LAB C8, Genetik
4:59pm


Hak Milik © Angkara Hati