Thursday, August 20, 2015

If you

"If You...
If You...
Can we try this thing again one day?
can we try again if it is not too late..
If you.. If you..
If you struggling like I am,
I can make it easier, yes I can..."
(If You - BigBang - English Version)


Flashcard bergambar masa lalu
dihampar depan mata,
adrenalin meluru laju,
lalu timbul rasa antara berdebar, marah, kesal, atau terkilan.
Fikiran mula menghamburkan cadangan
karut,

Kalau lah aku tidak terlintas meluah perasaan,
pasti dia dan aku tak terpisahkan,
menyesal mencintai,
menyesal persahabatan terlerai begini,

Hati mahu mengulang,
minda pula menghalang.

Tak mungkin.
Tak mungkin apa yang terlepas dapat digapai kembali,
Masa juga takkan membantu.
Ruang malah lebih meluas dan menjauh,
Harapan itu jadi harapan paling palsu,
paling dungu.

Hati terus menyanyi...

"If You...
If You...
Can we try this thing again one day?
can we try again if it is not too late..
If you.. If you...
If you struggling like I am,
I can make it easier, yes I can..."

Tanpa sedar bibir tersenyum sinis
lalu berkata, "Bodoh. Tak mungkin"

Kalau lah aku tahu,
lebih baik mencinta dalam diam
dari terpisah jauh,
biar bukan jadi kekasih,
asal di  hati kaulah cinta pertama.

Aku sanggup.




-Kita berkawan sahajalah walau jauh di mata, ya?-


Wednesday, June 10, 2015

Curiosity beyond everything

Bismillah
Assalamualaikum


Beberapa hari yang lepas, aku pulang ke rumah di Pasir Gudang, Johor.
Pulang ke rumah untuk mencari ketenangan dan jawapan yang masih lagi tercari-cari apakah ia.


Patutkah aku terus sambung belajar di UM? atau pulang ke Johor?
Kenapa aku masih lagi dengan inferiority aku yang tak habis-habis.
Tiada keyakinan diri yang aku boleh kata tahap severity-nya adalah sampai aku sanggup memperkecilkan kebolehan sendiri.
Aku sungguh merasa tidak layak untuk berdiri bersama ilmuwan yang hebat, demi mencapai cita-cita menjadi seorang ahli sains. Tidak layak.  Bukan. Tidak yakin pada diri adalah yang sebetulnya.

Lalu ibu mula berbicara,

"antara adik beradik, akak yang paling suka tanya. Kenapa kita makan? Kenapa kita lapar? Kenapa kita kena makan bila kita lapar? Kenapa tak boleh buat ini, kenapa tak boleh buat itu? Ini apa? Kenapa ini, kenapa itu, kenapa perlu begini, kenapa perlu begitu?"

"Then, ibu jawab apa?"

"Ibu jawab apa sahaja yang logik untuk fikiran budak-budak, prinsip ibu, sebagai ibu bapa, kita tak boleh tunjuk atau nampak bodoh depan anak-anak, jawab lah apa sahaja"



Kesimpulan cerita,


  • Rupanya aku dulu, ada ciri-2 seorang budak yang penuh dengan sifat ingin tahu yang tak kisah kalau soalannya sebenarnya soalan bodoh.
  • Aku sedar, rupanya aku semakin memadam sifat ingin tahu yang sebenarnya dari kecil sudah tertanam. Aku bersalah kerana menghilangkan naluri kanak-kanak (suka bertanya) itu sekarang.
  • Nak jadi ibu bukan senang. Kau kena tahu tackle soalan anak. Kau kena support anak. Kau kena bagi apa sahaja yang kau tahu supaya sel-sel otak anak kau berkembang.
  • Tapi, setelah support dan segala macam benda yang ibu ayah dah semai dan curahkan sejak kau kecil, kenapa harus kau sendiri yang membunuhnya?


Biar naluri kanak-kanak yang suka bertanya itu tetap membesar bersamamu. Jangan biar dia mati.
Semai ayat,
Curiosity beyond everything
                                                                               dalam diri.
Cambahkan cinta pada ilmu dan pada diri.




Adios.
Amigos.



Aimilia Ami
LAB C8, Genetik
4:59pm


Friday, May 29, 2015

The Makeup Remover (II)

PART 2


Pada suatu pagi di hari minggu (30 May 2015),
Sedang aku duduk termenung di atas bangku sambil memerhati gelagat orang-orang asing yang sedang bergembira di taman rekreasi,aku ditegur seorang wanita asing, "Hey, kau perempuan tanpa topeng. Aku ingin tahu, bagaimana rasa tiupan angin yang membelai wajahmu?"

Dengan dahi yang berkerut kerana sesungguhnya aku tidak memahami soalan yang dilontarkan, aku cuma mampu menatap wajahnya yang tersembunyi di sebalik topeng putih bercorak bunga, dihiasi manik berkilau. Kau ingin tahu rasa ditiup angin, buka sajalah topeng mu. Monologku.

"Oh, angin pagi ini terasa lembut dan dingin walaupun terik mentari agak menyengat. Tapi masih nyaman." balasku sambil tersenyum ikhlas padanya. Ikhlas? Bukan. Ia lebih kepada simpati.

Wanita itu berlalu pergi dengan langkah yang senang seolah puas dengan jawapanku. Aku jadi lebih simpati padanya. Masakan mahu menikmati tiupan angin juga tidak mampu, terpaksa bertanya pada orang. Aku tidak faham. Rasanya, sama sahaja angin yang bertiup pada tubuh dengan wajah. Ada bezakah? Mungkinkah angin yang dirasa pada tubuh lebih kencang, tapi pada wajah terasa lembut dan aman? Aneh-aneh manusia sekarang.

Timbul pula satu cita-cita yang mungkin murni bagiku, tapi agak biadap untuk manusia yang lain.


"THE REMOVER" bahasa Melayunya, PENANGGAL. Eh, seram pula bunyi dia.

Bukan. Bukan. Yang sebetulnya (bukan direct translate), lebih sesuai kalau aku beri nama "PELENYAP". (???)


                                                                *       *       *


Weekend in the morning, (30 May 2015),
I was sitting on a bench while observing people enjoying their day at the park, when a woman came and ask me, "Hey, you girl, the unmasked one. I want to know what is it like to feel the breeze?"

I was speechless and felt weird. Then I looked at her face, which covered with a white masked decorated with flower patterns and shining beads on it. Saying this to myself, if you really want to know how does it feel, you should just take off the mask.

"Oh, it's soft and cool despite the fact that the sun is scorching, but it is comfortable" I reply with a sincere smile. No. It's not sincere, it's more to sympathy.

The woman walks away happily as if she was satisfied with my answer. I felt even more sympathy towards her. How come you can't even enjoy the breeze so much you have to ask people around. I don't understand. I thought the feeling was the same whether it was your face or your body. Is there any difference, like the breeze you felt through your body is stronger than the breeze that fell on your face?

Suddenly I came across with a pure ambition, well at least to me, while there is a possibility that the ambition is quite rude to others.


"THE REMOVER", in Malay we call it PENANGGAL. Well..... that sounds creepy and scary.

No. I think it should be "PELENYAP". (???)





Wednesday, May 27, 2015

The Makeup Remover (I)

PART 1


Aku lihat ramai manusia bertopeng.
Aku lihat manusia bertopeng itu sentiasa cantik dan terlihat sempurna.
Lalu aku lihat wajah sendiri dalam cermin.
Tidak bertopeng dan tidak cantik, apatah lagi sempurna, jauh sekali. Seratus kali mati hidup balik pun, masih sama.

Jadi inilah sebabnya aku sendiri dalam dunia ini. Tiada siapa sudi melihat malah berteman. Cuma seorang (selain keluarga), dia adalah Leya. Leya selalu kata, aku beruntung tidak perlukan topeng. Aku bebas dan dia terkurung dalam topeng, sukar bernafas. Dia mahu jadi seperti aku. Malangnya, dia tidak punya kekuatan hati.

Beruntung??
Tidak masuk akal langsung.

                                                                     *         *         *

I saw many people wearing a mask.
They always look beautiful and perfect.
Then, I look upon myself in the mirror.
Having no mask and ugly, not even perfect. I know it will remain the same, forever.

So, this is the reason why I'm alone. Nobody wants to be friend with me. There is only one besides my family, she is Leya. Leya always said to me that I was lucky. I don't need a mask. I am free while she was locked in a mask and can't even breath properly. She wants to be just like me. Unfortunately, she didn't have the guts to do so.

LUCKY??!
Absurd.




Wednesday, May 20, 2015

Rosak

Bismillah

Assalamualaikum


Rosak mood aku pagi ni bila naik status kau di newsfeed aku. Tak tau kenapa jantung aku berdebar lebih laju dari sebelum ni.


Rupanya aku belum boleh move on sepenuhnya sebab masih ada ruang kosong dalam hatiku, dan aku cuma ada kenangan untuk disimpan.

Jantung berdebar satu hal,
marah satu hal,
nak menangis sebab rindu pun satu hal.

Bodoh nya aku ni.

Bodoh yang amat.

Rindu??? 웃기지마!!


Ahh aku tetap rasa aku tak guna. Konon nak move on. Nak block, nak unfriend aku rasa macam tak cool la pulak. Dah takde apa-apa kan? Kau pun mungkin tak pernah rasa apa yang aku rasa, buat apa nak meroyan macam tak matang kan.



Berkat ke-EGO-an aku, akhirnya aku yang merosakkan mood sendiri. LOL


Nasib baik bila dah lepas tengah hari, perasaan aku normal balik. Kalau aku stress, nampaknya aku kena jugaklah cari pengganti. Full stop.


KAH!





Amilia Ami
Lab C8, Genetik.
Jam 5:37pm



Friday, May 1, 2015

Kalau aku punya sayap


Kalau aku punya sayap yang melambangkan hati,

Pasti sayapku warnanya hitam pekat.

Kalau aku punya sayap yang melambangkan nurani,

pasti sayapku tak mampu bawa aku terbang tinggi, dek kebasahan dosa.


Amilia Ami
Bas KKKL (KL-JB)
Jam 5.30 ptg

Tuesday, April 28, 2015

Today and Tomorrow

Picture taken from here

It's funny how life can turn upside down and keeps going on and on without us knowing.

Yesterday was the happiest moment in your life, but tomorrow might be the worst, you might face all sorts of problems that could break you down, tear your heart into pieces, makes you cry and hurts you.

Therefore, cherish every single thing you do and all the things that happen. If today is the happiest moment in your life, be happy, but remember that your today's happiness does not last forever as tomorrow is something that you don't know. I'm not asking you to be afraid of tomorrow, I'm telling you to cherish and appreciate for what you have now. Tomorrow is something different that you need to handle, just focus on "NOW" and be prepared for "TOMORROW".


Living with no regrets is something that not everyone can do. I'm really sure most of us do regret things that we can't do or we can't have. Me as well. I regret every single thing that I do, always saying, "I wish I could..." "If I do this, maybe I can...". Trust me it's hurting me. I can't even move on with what I did, how can I move on with something else that might and have happened?

I'm looking forward to my new transition. The transition from being engulfed by negativity towards living with positive mindset and attitude. People who read my posts might say that "why the hell does she keeps talking about this kind of thing?", well this is how I remind myself of what my personal life goal in general.

Keep on fighting!

For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah. Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people misfortune, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any protector 
Surat Ar-Ra'd (13: 11)




Follow my blog with Bloglovin
Hak Milik © Angkara Hati