Wednesday, May 27, 2015

The Makeup Remover (I)

PART 1


Aku lihat ramai manusia bertopeng.
Aku lihat manusia bertopeng itu sentiasa cantik dan terlihat sempurna.
Lalu aku lihat wajah sendiri dalam cermin.
Tidak bertopeng dan tidak cantik, apatah lagi sempurna, jauh sekali. Seratus kali mati hidup balik pun, masih sama.

Jadi inilah sebabnya aku sendiri dalam dunia ini. Tiada siapa sudi melihat malah berteman. Cuma seorang (selain keluarga), dia adalah Leya. Leya selalu kata, aku beruntung tidak perlukan topeng. Aku bebas dan dia terkurung dalam topeng, sukar bernafas. Dia mahu jadi seperti aku. Malangnya, dia tidak punya kekuatan hati.

Beruntung??
Tidak masuk akal langsung.

                                                                     *         *         *

I saw many people wearing a mask.
They always look beautiful and perfect.
Then, I look upon myself in the mirror.
Having no mask and ugly, not even perfect. I know it will remain the same, forever.

So, this is the reason why I'm alone. Nobody wants to be friend with me. There is only one besides my family, she is Leya. Leya always said to me that I was lucky. I don't need a mask. I am free while she was locked in a mask and can't even breath properly. She wants to be just like me. Unfortunately, she didn't have the guts to do so.

LUCKY??!
Absurd.




No comments:

Post a Comment

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati