Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Monday, August 11, 2014

Selayaknya aku dihormati

Bismillah
Assalamualaikum


Adakah aku kurang layak mendapatkan rasa hormat?
Sabarlah hati..
Kau tidak tahu bila penghujung hidupmu.
Jadi mungkin jalan hidupmu masih panjang.
Dan masih banyak hal yang akan kau ketemu.

Seperti kata-kata orang bijak ilmu,
jaga dirimu..kerana dengan itu orang sekelilingmu
akan menghormatimu.
Mana yang singkat dilabuhkan,
mana yang kurang dilebihkan,
hati itu dikawal selia jangan leka,
namun masih ada yang berlaku jelek,
bukan mahu pertikaikan..
Ampun Ya Allah jika ini kedengaran tidak rela.,
apakah harus aku menutup wajahku?
baru aku dijauhkan dari hal-hal yang mengganggu emosiku.

Atau mungkin ini bukan salah aku,
ini adalah salah mereka yang kurang tahu
tentang nilai hormat,
Atau juga mungkin kau menginginkan aku
untuk kembali berpaut padamu,


Sabar sahaja wahai hati,
jangan kerana hal yang mengganggu ini
dikau hilang pertimbangan diri
lalu terlahir kata maki.

Jika ini cubaan untukmu,
tetap tegar
yakin kamu tidak bersendiri.
Kerana masih ada yang menemani
meski dia tidak terlihat oleh mata zahir.




p/s: tidak perlu aku ceritakan peristiwa itu. Cukuplah aib orang yang terpaksa ku buka kerana telah mengaibkanku. Tiada lagi aib yang harus dicerita.



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati