Yours truly

My photo
Quand les mots deviennent paragraphes...

Friday, January 27, 2012

Sudahlah.. hentikan sahaja.

Bismillah.

Sudahlah.
Tamatkan sahaja apa yang kau mula.
Sudahlah.
Hentikan semua yang kau bina.

Aku tahu, kau memang begitu.
Aku tahu, siapa aku.
Meski itu memang sikapmu.
Tak perlu kau bangga dengan menjadi diri yang katanya jitu.
Meski itu memang perilaku mu.
Tak perlu kau besar-2-kan malah mempertahankan.

Mungkin bagimu itu yang terbaik.
Tapi, aku memandangmu hampir jelek.
Bukan maksud membenci.
Cuma terasa hati.
Barangkali.

Seringkali pertanyaanku di jawab dengan wajah selamba.
Tanpa jawapan.
Mungkin kau harap aku memahami apa jawapanmu di sebalik tabir matamu.
Hampa.

Ya. Ya. Aku tahu, Itu memang kamu.
Kamu memang begitu.
Aku tak layak persoal caramu.

Tapi jika difikir.
Menjadi diri sendiri yang semakin lama dipandang jelek,
itu bukan jalan terbaik.
Lebih baik kau tamatkan sahaja.
Berubah tak perlu bayar.
Malah gemilang kau pertahan sedikitpun tak tercalar.

Ego yang menjadi tuhan dalam hati.
Lama-2 membenci.
Kalau mahu membenci.
Maka bersedialah untuk dibenci.

Tapi aku.
Tak layak membencimu sekalipun.
Tapi aku.
Tak mampu bertahan denganmu kerana aku manusia sepertimu.
Aku juga punya ego.
Namun harus dibuang jauh.
Agar, kau dan aku masih boleh bergerak dalam haluan yang satu.


Amilia_Ami

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment.. =)

Hak Milik © Angkara Hati