Kiranya aku orang paling kaku--
Sukar
berperasaan,
Sukar
berekspresi,
Raut
yg mati,
Senyum
pun dalam hati.
Kiranya
akulah yang perasan kaku--
Kerana
setiap garis raut ini
boleh ditembusi
dan
setiap kali itu
tak
pernah salah.
Mungkin
ekspresi itu lebih seni--
yang
dilukis lain yang dimaksudkan lain,
yang
dinilai ikut perspektif masing-masing.
Jadi
kiranya aku ini lukisan kaku--
yang
dinilai luahan ikut hati orang lain,
maksudnya
cuma satu
tapi
banyak versi yang haru.
Picture : Taken from igalleriez |
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment.. =)